Friday, June 19, 2015

MINYAK LORI KAMI...


MAKSUD ENJIN DIESEL

      Enjin diesel merupakan sejenis enjin pembakaran dalaman yang beroperasi melalui kitar diesel. Ciri utama enjin diesel adalah penggunaan udara termampat untuk membakar bahan api, yang disuntik ke dalam kebuk pembakaran semasa penghujung lejang mampatan (compression stroke). Ia bertentangan dengan enjin petrol, di mana campuran udara-bahan api dinyalakan oleh palam pencucuh.

SEJARAH ENJIN DIESEL

      Diesel berasal dari nama seorang pencipta dari Jerman yang menemukan mesin ini pada tahun 1893, iatu Dr. Rudolf Diesel. Pada waktu itu mesin tersebut bergantung daripada kuasa yang dihasilkan ketika kompresi(compression) untuk menyalakan bahan bakar. Bahan bakar ini diteruskan ke silinder oleh tekanan udara pada akhir kompresi(compression).

      Pada tahun 1924, Robert Bosch, seorang pereka dari Jerman, cuba mengembangkan idea Rudolf Diesel untuk memajukan lagi teknologi enjin diesel. Keberhasilan Robert Bosch dengan mesin diesel ciptaannya tersebut sampai saat ini digunakan oleh masyarakat.

JENIS-JENIS ENJIN DIESEL

1) In line type injection pump fuel system
2) Ve type injection pump fuel system

CONTOH SISTEM ENJIN DIESEL



Bagaimana enjin diesel  berfungsi??

    Enjin diesel berbeza dengan enjin petrol melalui penggunaan nisbah mampatan udara yang lebih tinggi untuk membakar bahan api berbanding enjin petrol yang menggunakan palam pencucuh ("pembakaran mampatan" berbanding "pembakaran pencucuhan").

    Selain nisbah mampatannya yang tinggi sehingga membolehkan pembakaran berlaku tanpa sistem penyalaan berasingan,nisbah mampatan yang tinggi juga meningkatkan kecekapan enjin. Pada enjin petrol pula, nisbah mampatan tidak boleh terlalu tinggi bagi mengelakkan kerosakan enjin akibat pra-nyalaan atau ketukan enjin (knocks).

    Pada enjin diesel, udara dimampatkan dengan nisbah mampatan lazimnya di antara 15:1 ~ 22:1, meningkatkan suhu udara ke 532 °C. Pada suhu tersebut, udara di dalam kebuk pembakaran akan membakar campuran udara-bahan api. Seterusnya bahan api yang disuntik ke dalam kebuk pembakaran akan terbakar dengan sendirinya, menghasilkan kuasa kepada enjin.
  
Kelebihan enjin diesel

      Lebih menjimatkan bahan api berbanding enjin petrol.
      Mempunyai kecekapan pembakaran bahan api yang lebih tinggi daripada enjin petrol. Nilai kecekapan pembakaran kemuncak sebenar bagi enjin diesel pada lori, bas, dan kereta adalah setinggi 45%  serta mungkin akan mencecah 55% pada masa akan datang.
      Menghasilkan kurang karbon monoksida kerana membakar bahan api dalam udara berlebihan.
      Menghasilkan kilasan kemuncak pada kelajuan enjin rendah, menjadikannya sesuai digunakan pada 
kenderaan berat.
      Lebih tahan lama serta lebih boleh diharap kerana selain ketiadaan sistem penyalaan  elektrik, enjin diesel sememangnya dibina bagi menahan tekanan yang 
sangat tinggi.Tidak memerlukan palam pencucuh sebagaimana enjin petrol.


Kekurangan enjin diesel

      Enjin diesel lazimnya lebih berat daripada enjin petrol.
      Kadar pecutan yang lebih lambat daripada enjin petrol. Walau bagaimanapun, pemasangan pengecas turbo serta teknologi baru seperti sistem suntikan terus rel sepunya membantu meningkatkan kadar pecutan
 enjin diesel. Menghasilkan jelaga hitam semasa pelepasan asap ekzos. Masalah tersebut boleh dikurangkan dengan kawalan diesel elektronik serta penggunaan bahan api diesel yang lebih bersih (kurang kandungan sulfur).

      Banjaran kuasa yang kecil disebabkan banjaran putaran enjin yang terhad. Ia merupakan sebab utama mengapa kebanyakan lori berat mempunyai kotak gear sehingga sebanyak 18 kelajuan. Pengecas turbo geometri boleh laras membolehkan kilasan enjin disebarkan pada banjaran kelajuan yang lebih meluas.

      Enjin diesel lebih bising daripada enjin petrol disebabkan ketukan diesel.Penggunaan minyak  diesel dengan nilai setana yang lebih tinggi boleh mengurangkan bunyi bising ketukan diesel.


No comments:

Post a Comment