Secara umumnya, sesebuah lori mempunyai beberapa bahagian utama seperti berikut:
Kabin - memuatkan enjin serta ruang untuk pemandu dan kelindan. Rekabentuk kabin boleh jadi rekabentuk konvensional (ruang pemandu di belakang enjin) ataupuncab over engine (COE) atau kabin di atas enjin (ruang pemandu di atas enjin). Rekabentuk kabin COE adalam rekabentuk paling lazim bagi kebanyakan model lori berat baru di Malaysia. Untuk model-model terkini, kabin biasanya dilengkapi dengan tempat tidur yang selesa terletak di bahagian belakang pemandu.
Enjin - Hampir kesemua lori berat menggunakan enjin diesel, manakala lori-lori ringan seperti pikap ada kalanya menggunakan enjin petrol. Lori-lori terkini menggunakan enjin diesel yang melepasi piawaian emisi sekurang-kurangnya Euro II bagi melayakkannya memperoleh potongan diskaun 50% cukai jalan oleh Jabatan Pengangkutan Jalan. Juga terdapat lori terkini yang menggunakan CNG (gas asli termampat)
Transmisi - Kebanyakan lori menggunakan transmisi manual, tetapi terdapat beberapa model lori yang menggunakan transmisi automatik contohnya Volvo dengan sistemi-Shift dan Scania dengan Opticruise. Lori-lori biasanya menggunakan sistem transmisi antara 5 (bagi lori ringan) hingga 16 kelajuan (bagi lori berat). Bagi transmisi melebihi 7 kelajuan, kebiasaannya satu sistem pembahagian atas-bawah (hi-lo) digunakan bagi memudahkan penukaran transmisi.
Kerangka - Kerangka lori biasanya menggunakan 2 batang keluli utama, diikuti dengan beberapa batang sokongan. Seterusnya, bahagian-bahagian lori yang lain seperti enjin, transmisi, kabin dan badan dipasang pada kerangka tersebut. Penggunaan kerangka keluli juga menjadikan struktur sesebuah lori lebih kukuh dan tegar berbanding kereta.
Di Malaysia, lori ringan adalah lori dengan berat tanpa muatan (BTM) tidak melebihi 3,500 kg (kebiasaannya 4 roda dengan 2 gandar). Pemandu lori ringan biasanya tidak perlu memohon lesen memandu kelas E tetapi masih perlu menduduki satu Kursus bagi mendapatkan GDL.
Biasanya, pengguna lori ringan adalah peniaga kecil-kecilan
serta industri kecil.
Kenderaan yang termasuk di dalam kategori ini adalah seperti:-
Lori Ringan
Di Malaysia, lori ringan adalah lori dengan berat tanpa muatan (BTM) tidak melebihi 3,500 kg (kebiasaannya 4 roda dengan 2 gandar). Pemandu lori ringan biasanya tidak perlu memohon lesen memandu kelas E tetapi masih perlu menduduki satu Kursus bagi mendapatkan GDL Biasanya, pengguna lori ringan adalah peniaga kecil-kecilan serta industri kecil. Kenderaan yang termasuk di dalam kategori ini adalah seperti van, lori pikap dan lori tunda.
Lori Sederhana
Lori sederhana pula mempunyai BTM antara 3,500 kg sehingga 7,500 kg (6 sehingga 12 roda dengan 2 ke 4 gandar). Pemandu lori sederhana mestilah memiliki lesen memandu kelas E2 (sehingga BTM 5,000 kg) atau E1 (sehingga BTM 7,500 kg.) Kebanyakan lori penghantaran tempatan serta perkhidmatan awam (seperti lori sampah dan kereta bomba) terdiri daripada lori sederhana.
Lori Berat
Lori berat adalah kenderaat terberat yang dibenarkan untuk digunakan di jalan raya. Bermula dengan berat tanpa muatan (BTM) seberat 7,500 kg, berat maksimum kenderaan juga ditetapkan oleh Jabatan Pengangkutan Jalan bagi mengurangkan kesan kerosakan jalan akibat mendapan (kerana berat lori) dan kehausan (akibat pusingan roda lori). Di kebanyakan negara yang mempunyai mutu jalan raya yang baik, berat dengan muatan (BDM) maksimum yang dibenarkan bagi sebuah lori 6 gandar ialah 50,000 kg. Lori yang termasuk di dalam kategori ini termasuklah lori treler, lori tangki dan lori kontena. Terdapat juga lori khusus untuk mengangkut muatan yang terlalu berat (melebihi 100,000 kg) yang dipanggil slow mover.
Luar Jalan Raya
Sesetengah lori yang boleh dilesenkan untuk kegunaan atas jalan raya boleh dipasang dengan ciri-ciri off-road bagi kegunaan di jalan tanah merah. Lori sedemikian yang juga digelar lori hantu di Malaysia sering digunakan dalam sektor perlombongan, pembalakan dan pembinaan.
No comments:
Post a Comment