Monday, June 29, 2015

PENGHANTARAN PINDAH RUMAH 26/06/2015



Assalamualaikum dan salam sejahtera,

Gambar-gambar ini diambil ketika proses pemindahan barang pada 26/6/2015 yang lalu dari Taman Jaya 8 ke Taman Seberang Temerloh.



















Perlukan perkhidmatan lori untuk pindah rumah?? Boleh hubungi kami terus ke 
019-9025960/017-9007090 (whatapps call/whatapps message/ call). 
Harga servis boleh dibincang.

GARIS PANDUAN PEMANDUAN BERHEMAH


Mengikut statistik sebelum ini, jumlah kemalangan jalan raya meningkat pada musim perayaan termasuk Aidilfitri.


Ketika Aidilfitri, kesibukan lalu lintas memang luar biasa kerana masing-masing mahu pulang beraya di kampung halaman.



Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) mengadakan operasi bagi memastikan kelancaran lalu lintas serta mengurangkan kemalangan jalan raya.


Justeru, bagi mengelak kemalangan di jalan raya, pastikan kenderaan anda dalam keadaan sempurna dan memandu mengikut peraturan, bukan perasaan.

Minta nasihat mekanik kereta yang berpengalaman dan ganti alat baru jika ia tidak berfungsi.

Seorang pemandu yang berhemat sentiasa menentukan kenderaannya dalam keadaan baik bagi memastikan keselamatan diri, penumpang serta pengguna jalan raya lain.




PERKARA ASAS 



Perkara asas  yang perlu diberi perhatian ialah brek, minyak brek, lampu brek dan isyarat, minyak klac, air radiator, bunga tayar dan tekanan angin, lampu utama, pengilap cermin, hon, ekzos dan tali pinggang keselamatan.

Selain itu, pastikan lesen memandu, cukai jalan dan insurans masih boleh digunakan.

Pemandu juga dinasihatkan merancang laluan dan peruntukan masa untuk perjalanan.

Ada enam keadaan menjadi faktor berlakunya kemalangan, iaitu kenderaan, pemandu, cuaca, penglihatan, lalu lintas dan jalan raya.

Jika peralatan kenderaan tidak memuaskan ia akan menjejaskan sistem pemanduan anda.

Pemandu juga perlu mengetahui sedikit sebanyak selok-belok penjagaan kereta.

Laporan pasukan penunda mendapati kebanyakan kereta yang terhenti ketika dalam perjalanan tidak mengalami kerosakan serius sebaliknya hanya ada masalah bateri kereta lemah dan tiada minyak.

Justeru, bawa beberapa alat ganti yang mudah dan peralatan mekanik di dalam kereta kerana masalah boleh berlaku bila-bila masa.

Garis panduan pemanduan berhemah:

* Sesuaikan kelajuan berdasarkan keadaan kenderaan, pemandu, cuaca, penglihatan dan lalu lintas.

* Patuhi peraturan jalan raya dan papan tanda keselamatan.

* Tumpukan perhatian kepada jalan raya.

* Jangan tergesa-gesa, tunggu dulu jika tidak pasti.

* Rancang perjalanan lebih awal.

* Tunjukkan niat anda dengan menggunakan isyarat yang betul.

* Mahirkan diri anda dengan kenderaan yang digunakan.

* Sentiasa berwaspada ketika di persimpangan.

* Bersopan-santun terhadap pengguna jalan raya lain pada setiap masa.

Semoga bermanfaat...

PANDUAN UNTUK MENJADI PEMANDU BERHEMAH

1. Rancang perjalanan anda terlebih dahulu. Jika anda berasa letih, mengantuk, di bawah pengaruh alkohol atau berada dalam keadaan yang tidak tenteram, tangguhkan perjalanan anda. Jangan biarkan emosi menguasai gaya pemanduan.
2. Pastikan kenderaan dalam keadaan baik. 
3. Sentiasa memakai tali pinggang keledar ketika memandu.
4. Sentiasa ikut had laju yang ditentukan. Jangan memandu melebihi had laju.
5. Pemandu harus mengekalkan jarak yang selamat antara kenderaan di hadapan supaya mempunyai ruang yang mencukupi untuk berhenti sekiranya ada situasi merbahaya di hadapan.
6. Berikan isyarat dan patuhi semua peraturan keselamatan semasa menukar lorong. Periksa cermin sisi dan cermin pandangan belakang sebelum melakukan pertukaran lorong.
7. Peka jika kereta membelok dengan tiba-tiba untuk mengelak lopak air atau lubang besar di jalan raya. 
8. Sentiasa mematuhi lampu isyarat. Jangan melanggar lampu isyarat.
9. Berhati-hati ketika memandu terutama ketika hujan lebat. Tayar mungkin hilang daya cengkaman pada permukaan yang basah. 
10. Jangan memotong barisan atau menyalahgunakan lorong kecemasan. Sentiasa berjaga-jaga kerana pemandu lain mengubah lorong dengan tiba-tiba untuk keluar.



Semoga bermanfaat

PENGHANTARAN MEJA DAN KERUSI DARI JERANTUT KE KUALA LUMPUR 19/06/2015

PERKONGSIAN SUASANA PENGHANTARAN KERUSI & MEJA
 OLEH PHG TRANSPORT

Assalamualaikum dan salam sejahtera,

Gambar-gambar ini diambil ketika proses penghantaran kerusi dan meja dari Jerantut ke Kampung Pandan, Kuala Lumpur pada 19/6/2015 yang lalu.













Perlukan perkhidmatan lori untuk pemindahan pejabat atau barangan kenduri ?? Kami sentiasa bersedia 24 jam/7 hari seminggu untuk anda.
 Boleh hubungi kami terus ke 
019-9025960/017-9007090 (whatapps call/whatapps message/ call). 
Harga servis boleh dibincang.

Friday, June 19, 2015

ANATOMI LORI



Secara umumnya, sesebuah lori mempunyai beberapa bahagian utama seperti berikut:

Kabin - memuatkan enjin serta ruang untuk pemandu dan kelindan. Rekabentuk kabin boleh jadi rekabentuk konvensional (ruang pemandu di belakang enjin) ataupuncab over engine (COE) atau kabin di atas enjin (ruang pemandu di atas enjin). Rekabentuk kabin COE adalam rekabentuk paling lazim bagi kebanyakan model lori berat baru di Malaysia. Untuk model-model terkini, kabin biasanya dilengkapi dengan tempat tidur yang selesa terletak di bahagian belakang pemandu.

Enjin - Hampir kesemua lori berat menggunakan enjin diesel, manakala lori-lori ringan seperti pikap ada kalanya menggunakan enjin petrol. Lori-lori terkini menggunakan enjin diesel yang melepasi  piawaian emisi sekurang-kurangnya Euro II bagi melayakkannya memperoleh potongan diskaun 50% cukai jalan oleh Jabatan Pengangkutan Jalan. Juga terdapat lori terkini yang menggunakan CNG (gas asli termampat)

Transmisi - Kebanyakan lori menggunakan transmisi manual, tetapi terdapat beberapa model lori yang menggunakan transmisi automatik contohnya Volvo dengan sistemi-Shift dan Scania dengan Opticruise. Lori-lori biasanya menggunakan sistem transmisi antara 5 (bagi lori ringan) hingga 16 kelajuan (bagi lori berat). Bagi transmisi melebihi 7 kelajuan, kebiasaannya satu sistem pembahagian atas-bawah (hi-lo) digunakan bagi memudahkan penukaran transmisi.

Kerangka - Kerangka lori biasanya menggunakan 2 batang keluli utama, diikuti dengan beberapa batang sokongan. Seterusnya, bahagian-bahagian lori yang lain seperti enjin, transmisi, kabin dan badan dipasang pada kerangka tersebut. Penggunaan kerangka keluli juga menjadikan struktur sesebuah lori lebih kukuh dan tegar berbanding kereta.

Di Malaysia, lori ringan adalah lori dengan berat tanpa muatan (BTM) tidak melebihi 3,500 kg (kebiasaannya 4 roda dengan 2 gandar). Pemandu lori ringan biasanya tidak perlu memohon lesen memandu kelas E tetapi masih perlu menduduki satu Kursus bagi mendapatkan GDL. 
Biasanya, pengguna lori ringan adalah peniaga kecil-kecilan 
serta industri kecil.



 Kenderaan yang termasuk di dalam kategori ini adalah seperti:-

Lori Ringan

Di Malaysia, lori ringan adalah lori dengan berat tanpa muatan (BTM) tidak melebihi 3,500 kg (kebiasaannya 4 roda dengan 2 gandar). Pemandu lori ringan biasanya tidak perlu memohon lesen memandu kelas E tetapi masih perlu menduduki satu Kursus bagi mendapatkan GDL Biasanya, pengguna lori ringan adalah peniaga kecil-kecilan serta industri kecil. Kenderaan yang termasuk di dalam kategori ini adalah seperti van, lori pikap dan lori tunda.

Lori Sederhana

Lori sederhana pula mempunyai BTM antara 3,500 kg sehingga 7,500 kg (6 sehingga 12 roda dengan 2 ke 4 gandar). Pemandu lori sederhana mestilah memiliki lesen memandu kelas E2 (sehingga BTM 5,000 kg) atau E1 (sehingga BTM 7,500 kg.) Kebanyakan lori penghantaran tempatan serta perkhidmatan awam (seperti lori sampah dan kereta bomba) terdiri daripada lori sederhana.

Lori Berat

Lori berat adalah kenderaat terberat yang dibenarkan untuk digunakan di jalan raya. Bermula dengan berat tanpa muatan (BTM) seberat 7,500 kg, berat maksimum kenderaan juga ditetapkan oleh Jabatan Pengangkutan Jalan bagi mengurangkan kesan kerosakan jalan akibat mendapan (kerana berat lori) dan kehausan (akibat pusingan roda lori). Di kebanyakan negara yang mempunyai mutu jalan raya yang baik, berat dengan muatan (BDM) maksimum yang dibenarkan bagi sebuah lori 6 gandar ialah 50,000 kg. Lori yang termasuk di dalam kategori ini termasuklah lori trelerlori tangki dan lori kontena. Terdapat juga lori khusus untuk mengangkut muatan yang terlalu berat (melebihi 100,000 kg) yang dipanggil slow mover.

Luar Jalan Raya

Sesetengah lori yang boleh dilesenkan untuk kegunaan atas jalan raya boleh dipasang dengan ciri-ciri off-road bagi kegunaan di jalan tanah merah. Lori sedemikian yang juga digelar lori hantu di Malaysia sering digunakan dalam sektor perlombongan, pembalakan dan pembinaan.


MINYAK LORI KAMI...


MAKSUD ENJIN DIESEL

      Enjin diesel merupakan sejenis enjin pembakaran dalaman yang beroperasi melalui kitar diesel. Ciri utama enjin diesel adalah penggunaan udara termampat untuk membakar bahan api, yang disuntik ke dalam kebuk pembakaran semasa penghujung lejang mampatan (compression stroke). Ia bertentangan dengan enjin petrol, di mana campuran udara-bahan api dinyalakan oleh palam pencucuh.

SEJARAH ENJIN DIESEL

      Diesel berasal dari nama seorang pencipta dari Jerman yang menemukan mesin ini pada tahun 1893, iatu Dr. Rudolf Diesel. Pada waktu itu mesin tersebut bergantung daripada kuasa yang dihasilkan ketika kompresi(compression) untuk menyalakan bahan bakar. Bahan bakar ini diteruskan ke silinder oleh tekanan udara pada akhir kompresi(compression).

      Pada tahun 1924, Robert Bosch, seorang pereka dari Jerman, cuba mengembangkan idea Rudolf Diesel untuk memajukan lagi teknologi enjin diesel. Keberhasilan Robert Bosch dengan mesin diesel ciptaannya tersebut sampai saat ini digunakan oleh masyarakat.

JENIS-JENIS ENJIN DIESEL

1) In line type injection pump fuel system
2) Ve type injection pump fuel system

CONTOH SISTEM ENJIN DIESEL



Bagaimana enjin diesel  berfungsi??

    Enjin diesel berbeza dengan enjin petrol melalui penggunaan nisbah mampatan udara yang lebih tinggi untuk membakar bahan api berbanding enjin petrol yang menggunakan palam pencucuh ("pembakaran mampatan" berbanding "pembakaran pencucuhan").

    Selain nisbah mampatannya yang tinggi sehingga membolehkan pembakaran berlaku tanpa sistem penyalaan berasingan,nisbah mampatan yang tinggi juga meningkatkan kecekapan enjin. Pada enjin petrol pula, nisbah mampatan tidak boleh terlalu tinggi bagi mengelakkan kerosakan enjin akibat pra-nyalaan atau ketukan enjin (knocks).

    Pada enjin diesel, udara dimampatkan dengan nisbah mampatan lazimnya di antara 15:1 ~ 22:1, meningkatkan suhu udara ke 532 °C. Pada suhu tersebut, udara di dalam kebuk pembakaran akan membakar campuran udara-bahan api. Seterusnya bahan api yang disuntik ke dalam kebuk pembakaran akan terbakar dengan sendirinya, menghasilkan kuasa kepada enjin.
  
Kelebihan enjin diesel

      Lebih menjimatkan bahan api berbanding enjin petrol.
      Mempunyai kecekapan pembakaran bahan api yang lebih tinggi daripada enjin petrol. Nilai kecekapan pembakaran kemuncak sebenar bagi enjin diesel pada lori, bas, dan kereta adalah setinggi 45%  serta mungkin akan mencecah 55% pada masa akan datang.
      Menghasilkan kurang karbon monoksida kerana membakar bahan api dalam udara berlebihan.
      Menghasilkan kilasan kemuncak pada kelajuan enjin rendah, menjadikannya sesuai digunakan pada 
kenderaan berat.
      Lebih tahan lama serta lebih boleh diharap kerana selain ketiadaan sistem penyalaan  elektrik, enjin diesel sememangnya dibina bagi menahan tekanan yang 
sangat tinggi.Tidak memerlukan palam pencucuh sebagaimana enjin petrol.


Kekurangan enjin diesel

      Enjin diesel lazimnya lebih berat daripada enjin petrol.
      Kadar pecutan yang lebih lambat daripada enjin petrol. Walau bagaimanapun, pemasangan pengecas turbo serta teknologi baru seperti sistem suntikan terus rel sepunya membantu meningkatkan kadar pecutan
 enjin diesel. Menghasilkan jelaga hitam semasa pelepasan asap ekzos. Masalah tersebut boleh dikurangkan dengan kawalan diesel elektronik serta penggunaan bahan api diesel yang lebih bersih (kurang kandungan sulfur).

      Banjaran kuasa yang kecil disebabkan banjaran putaran enjin yang terhad. Ia merupakan sebab utama mengapa kebanyakan lori berat mempunyai kotak gear sehingga sebanyak 18 kelajuan. Pengecas turbo geometri boleh laras membolehkan kilasan enjin disebarkan pada banjaran kelajuan yang lebih meluas.

      Enjin diesel lebih bising daripada enjin petrol disebabkan ketukan diesel.Penggunaan minyak  diesel dengan nilai setana yang lebih tinggi boleh mengurangkan bunyi bising ketukan diesel.